Kesemua senjata pada badan Daeng Malimbok termasuk pedang Katana 4 kaki itu diserahkan kepada bentara balairong seri. Ini adalah peraturan biasa yang lazim diketahui oleh mana-mana pembesar yang ingin menghadap pemerintah Kerajaan Gowa ini.
"Beta harap seruan beta ini tidak menyulitkan kamu Malimbok kerana perkara ini adalah keutamaan negara buat masa ini" titah Sultan Hasanudin dari singgahsananya itu."
"Tidak, Tuanku. Kebetulan aku tidak berlayar kerana memberi peluang kepada anak-anak kapal bertemu anak isteri"
"Baguslah begitu. Ingin Beta perkenalkan Daeng Unru utusan dari saudara kita di Selangor" Daeng Malimbok menganggukan kepalanya kepada Daeng Unru.
"Dari jauh saudaraku ini datang. Sudah tentu bukan tujuan untuk berdagang. Apakah gerangan Daeng sehinggakan memerlukan bantuan aku yang tidak seberapa ini"
"Buat pengetahuan kamu Malimbok, Kerajaan Selangor akan ditimpa musibah tidak lama lagi. Orang Minang dan Belanda telah bersepakat untuk menawan Kota Jugra dalam masa tiga bulan dari sekarang. Malah, Pengkalan Kempas telah ditawan dan Kota Lukut sedang dikepung. Saudara kita ini datang memohon bantuan ketenteraan dari kita" perjelas Sultan Hasanudin yang dari tadi asyik berkerut sahaja dahinya seolah-olah tanah ini pula yang bakal ditimpa musibah.
Tersentak Daeng Malimbok dengan berita ini memandangkan sepupunya Daeng Jili adalah pemerintah Pengkalan Kempas.
"Apakah nasib saudaraku Daeng Jili wahai Daeng?"
"Daeng Jili gugur bersama-sama dengan laskarnya di pengkalan itu. Mereka berjuang hingga titisan darah terakhir kerana tidak rela dijadikan tawanan. Bersamaku ini adalah utusan dari Pengkalan Kempas yang selamat melepaskan diri untuk mendapatkan bantuan"
"Ampun, Daeng. Kalau diturutkan hatiku tidak kan aku meninggalkan saudara-saudaraku itu tetapi arahan Daeng Jili terpaksa aku akuri. Kesal sekali kesulitanku dalam pelayaran telah menyebabkan Pengkalan Kempas telah ditawan sebelum sempat aku tiba ke Kota Lukut. Orang Belanda telah menguasai Tanjung Tuan. Mustahil bagi kapal-kapal besar untuk menyusuri Selat Melaka tanpa dikesan pada masa ini walaupun pada waktu malam. Aku mengambil masa tiga hari untuk sampai ke Kota Lukut kerana terpaksa melalui jalan darat."
"Berikan titahnya segera, Tuanku! Tenri Elle dan anak-anak kapalnya bersedia untuk melunaskan hutang darah ini!" bingkas Daeng Malimbok bangkit dari kedudukan melututnya.
"Bertenang, Malimbok. Usah terburu-buru membuat keputusan dalam keadaan marah takut nanti padah hasilnya kelak hari. Beta telah pun membuat keputusan terhadap hal ini. Perkara ini amat sulit untuk dibicara dalam balairong. Mari ke bilik sebelah untuk terima titah beta"
Kesemua ahli balairong seri tunduk apabila Sultan Hasanudin bangkit dari singgahsananya menuju ke bilik Ketua Bentara. Daeng Malimbok dan utusan dari Selangor itu melewati kemudiannya. Turut mengikuti kemudiannya ialah Raja Anuar adinda Sultan Hasanudin yang juga panglima ketumbukan pertama Laskar Kerajaan Gowa.

salam pak latip,
ReplyDeletedaripada kajian yg saya pernah jalankan sebelum ini mendapati dato dol said berperang dengan british bukan menggunakan tombak, parang dan senjata tradisional tetapi menggunakan senjata api. malah askar2 dol said juga menggunakan strategi tentera yang sistematik kerana pada asalnya mereka dilatih dan dibekalkan senjata api oleh Kompeni Hindia Timur Belanda (VOC) sebagai askar upahan mereka untuk melindungi ladang2 milik belanda di naning sebelum melaka diserahkan oleh belanda kepada british.
kes dol said adalah seperti kes peperangan british dengan kaum apache dan mohican di amerika utara di mana kedua2 kaum pribumi ini telah dilatih oleh Perancis dan dibekalkan senjata api memandangkan mereka sekutu kepada perancis ketika itu.
Encik, benarkah encik pernah menemui kajian ini. Maaf, sekadar bertanya kerana saya sedang mengkaji tentang perang Naning. Mohon perkongsian ilmu dari tuan.
Salam. Ya, saya pernah menemui kajian ini. Diterbitkan sebelum negara kita Merdeka. Saya bacanya di Perpustakaan Universiti of Queensland ketika melanjutkan pengajian pasca ijazah di sana. X silap nama penerbitan itu Naning : The Stinging Bee
Delete